PETALING JAYA: Peguam yang mewakili seorang remaja berusia 20 tahun yang didakwa dianiaya oleh polis bulan lalu mendesak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman untuk segera memulakan tindakan tatatertib dan tuduhan jenayah terhadap anggota terbabit.
Remaja itu yang mahu dikenali sebagai Daniel, ditahan pada 15 Nov di rumah datuknya di Banting.
Menurutnya, pegawai polis memasuki rumah tersebut dengan alasan ingin mendapatkan bantuan membaiki motosikal mereka. Namun sebaik sahaja masuk, tiga lelaki itu memperkenalkan diri sebagai polis dan dikatakan telah memukul Daniel sehingga dia mengaku terlibat dalam kes rompakan.
