KUALA LUMPUR: Peguam P Waytha Moorthy memfailkan saman bagi mendapatkan deklarasi bahawa Anwar Ibrahim tidak sepatutnya dipilih sebagai Ahli Parlimen Tambun pada November 2022 dan seterusnya dilantik sebagai perdana menteri.
Beliau berhujah, pengampunan diraja yang diterima Anwar pada 2018 tidak menyatakan beliau dikecualikan daripada tempoh hilang kelayakan selama lima tahun untuk bertanding dalam pilihan raya selepas bebas dari penjara.
Waytha, seorang menteri dalam kerajaan Dr Mahathir Mohamad dari 2018 hingga 2020, memohon Mahkamah Tinggi untuk mengisytiharkan pemilihan Anwar sebagai Ahli Parlimen Tambun pada 19 Nov 2022, dan pelantikannya sebagai perdana menteri lima hari kemudian, batal dan tidak sah.