KUALA LUMPUR: Seorang peguam menarik balik samannya berhubung siasatan lanjut pihak berkuasa ke atas kes rasuah Yayasan Akalbudi membabitkan Zahid Hamidi, menyatakan ia tidak lagi relevan berikutan kes tersebut diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
FMT difahamkan bahawa notis penarikan balik difailkan minggu lepas, sehari selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan berhubung status NFA kes tersebut.
Pada 8 Jan, AGC berkata, pihaknya mendapati keterangan tidak mencukupi untuk meneruskan tuduhan, susulan siasatan lanjut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
