HAMILTON: Pejabat Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu memberi amaran keadaan di Semenanjung Gaza kekal “sangat kritikal” meskipun usaha berterusan dilakukan PBB dan rakannya untuk membantu orang awam di wilayah itu, yang kini dalam tempoh gencatan senjata selepas konflik dengan Israel, lapor Anadolu Ajansi.
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (Ocha) berkata, “situasi kemanusiaan di Gaza kekal kritikal, walaupun terdapat usaha berterusan oleh PBB dan rakan pelaksana menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan”.
Menurutnya, petugas kemanusiaan terus menjalankan penilaian dan menyalurkan bantuan kepada keluarga terjejas akibat hujan ribut minggu lalu, dengan lebih 18,600 keluarga dilaporkan terkesan.
