KUALA LUMPUR: Seorang penolong pengurus butik jam tangan mewah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 44 pertuduhan pengubahan wang haram lebih RM1.7 juta.
Miki Oshiro, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Izralizam Sanusi, Azrul Darus dan Norma Ismail.
Lelaki itu didakwa menerima RM1.7 juta daripada seorang wanita 61 tahun melalui 44 transaksi ke akaun banknya, sebelum memindahkan RM628,499 yang didakwa hasil aktiviti haram ke beberapa akaun bank individu lain dan syarikat.
