PETALING JAYA: Seorang pelajar lelaki Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari siling Dewan Canselor universiti berkenaan.
Mangsa dipercayai terjatuh pada petang Rabu sebelum mayatnya ditemukan oleh pekerja penyelenggaraan di atas pentas dewan berkenaan pada pagi tadi.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Kasim Muda berkata pihaknya menerima makluman awal mengenai kejadian itu kira-kira 10.10 pagi dan sepasukan polis bersama pegawai penyiasat telah bergegas ke lokasi kejadian.
