MatchPoint Times

Home

Pelajar tahfiz maut, Myvi bertembung lori sawit

Cover Image for Pelajar tahfiz maut, Myvi bertembung lori sawit

Polis berkata kejadian dipercayai berlaku selepas kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan dan masuk laluan bertentangan.

PETALING JAYA: Seorang pelajar maahad tahfiz maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya terbabas sebelum bertembung dengan lori membawa muatan sawit di KM60 Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Merchong di Nenasi, Pahang malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11.05 malam itu, mangsa, Muhammad Fakhri Waqiuddin Basri, 22, dari Bandar Indera Mahkota meninggal dunia di lokasi kejadian, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Pekan, Mohd Zaidi Mat Zin berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dalam perjalanan dari arah Pekan menghala ke Rompin manakala lori membawa muatan sawit dari arah bertentangan.

Tags:Jalan Pekan-RompinkemalanganmautMyvipelajar tahfiz


Polis kesan remaja lelaki disyaki cederakan budak 3 tahun

Ibu kepada remaja lelaki berusia 18 tahun itu adalah pengasuh kepada kanak-kanak tersebut.

🟡FMT Reporters

Cops hunt for teen suspected of hurting toddler

The teenager’s mother was babysitting the child.

🟡Bernama