KUALA LUMPUR: Imigresen mesti mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pelancong yang tidak meninggalkan Malaysia mengikut tempoh tinggal yang ditetapkan, tegas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing.
Beliau berkata langkah itu penting bagi memastikan bilangan pelancong yang masuk sepadan dengan jumlah yang keluar.
“Isu (ketidaksepadanan) ini memang banyak dipersoalkan. Pelancong masuk ke Malaysia bukan sahaja melalui ejen pelancongan, malah ada individu yang datang secara sendiri dari pelbagai negara.
