PETALING JAYA: Tiga persatuan perbankan utama beri jaminan kepada rakyat bahawa perkhidmatan perbankan harian tidak akan terjejas oleh perluasan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan kewangan.
Persatuan Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Perbankan dan Institusi Kewangan Islam Malaysia (AIBIM), dan Persatuan Perbankan Pelaburan Malaysia (MIBA) berkata skop yang disemak semula itu, yang akan berkuat kuasa pada 1 Julai, hanya akan beri kesan pada perkhidmatan perbankan korporat, perbendaharaan dan pelaburan terpilih.
Mereka berkata perkhidmatan pengguna asas yang melibatkan yuran atau komisen, seperti yang berkaitan dengan akaun semasa atau simpanan, e-dompet atau kad kredit, akan dikecualikan daripada cukai perkhidmatan.