KUALA LUMPUR: Pemain bola sepak tidak seharusnya ‘berasa sudah berjaya’ hanya kerana berjaya menembusi pasukan senior, kata legenda Manchester United, Ryan Giggs yang juga antara pemain paling banyak meraih kejuaraan dalam bola sepak Inggeris.
Giggs berkata pemain tidak boleh berpuas hati selepas membuat penampilan sulung bersama pasukan senior kerana sentiasa ada ruang untuk memperbaiki diri dan meningkatkan prestasi.
“Bukan sahaja sukar untuk berdepan dengan lawan, tetapi juga ada pemain muda lain yang mahukan tempat anda, datang dari bawah seperti saya dulu, lapar untuk menyertai pasukan.