PETALING JAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) menegaskan penguatkuasaan terhadap kenderaan pelancongan yang beroperasi tanpa pemandu pelancong berlesen adalah berdasarkan undang-undang, bukan menyasarkan mana-mana pihak tertentu.
Menurut Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482), mana-mana perjalanan persiaran atau aktiviti pemanduan pelancong, kenderaan yang membawa pelawat bagi tujuan pelancongan hendaklah mempunyai lesen sah.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing, berkata tugas pemandu ialah memandu kenderaan, manakala pemandu pelancong memberi penerangan dan menjaga kebajikan pelancong.
