PUTRAJAYA: Keseimbangan antara pembangunan duniawi dan kekuatan rohani mesti terus menjadi tunjang kepada agenda Malaysia Madani bagi memastikan negara bukan sahaja maju dari segi teknologi, tetapi turut unggul dalam aspek akhlak, keinsanan dan nilai.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pembangunan yang berteraskan nilai dan keinsanan amat penting dalam membentuk masyarakat sejahtera serta negara yang stabil dan berdaya tahan.
“Kita mesti meningkatkan karamah insaniah dengan meletakkan nilai dan akhlak dalam seluruh rangka pendidikan, ekonomi, teknologi dan tatakelola,” katanya pada majlis penutup Khatam Sama’ Hadis Sahih Muslim Antarabangsa 2025, di Masjid Putra malam ini.
