KOTA KINABALU: Pembangunan Sabah berisiko gagal sekiranya rakyat mengambil risiko menukar kerajaan terutama yang telah berkhidmat baik seperti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah Masiung Banah berkata kerajaan GRS sudah mempunyai perancangan sedia ada untuk diteruskan berbanding pentadbiran baharu.
Menurutnya, kerajaan baharu biasanya memerlukan tempoh dua hingga tiga tahun untuk menyusun pentadbiran yang akan memberi kesan kepada rakyat.
