PETALING JAYA: Hanya 15% daripada 25,338 kertas undi bagi pemilihan pimpinan Majlis Peguam bagi penggal 2026-2027 dikembalikan, jumlah terendah dalam tempoh lima tahun.
Tahun lalu, peratusan kertas undi pos dikembalikan ialah 22%, pada 2023 (20%), 2022 (24%) dan 2021 (27%).
Menurut keputusan diumumkan Selasa lalu, tujuh peguam berusia lingkungan 30-an antara 16 yang terpilih, Gregory Das iaitu anak kepada bekas Presiden Bar Cyrus Das memperoleh undi tertinggi dengan 1,531 undi.
