PETALING JAYA: Kongres Nasional PKR diselaraskan semula sehari lebih awal pada 24 Mei, susulan tugas rasmi Anwar Ibrahim selaku perdana menteri menyambut ketua negara Asean dijangka tiba sehari selepas itu.
Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh, berkata turut diselaraskan tarikh melibatkan Kongres Pemuda dan Wanita pada 21 Mei, selain Kongres Nasional Pemuda dan Wanita (22 Mei).
Katanya, pengundian pemilihan peringkat pusat ditetapkan pada 23 Mei disusuli perasmian Kongres Nasional PKR.