PETALING JAYA: Seorang pemimpin Amanah mencadangkan kerajaan menganugerahkan pingat kebangsaan kepada semua sukarelawan Malaysia yang terlibat dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, baru-baru ini.
Naib Presiden, Mahfuz Omar, berkata sukarelawan terbabit wajar menerima pengiktirafan rasmi negara kerana sanggup menghadapi risiko nyawa berdepan tentera Israel dalam misi kemanusiaan tanpa sebarang senjata atau jaminan keselamatan.
Katanya, mereka bertindak atas keberanian moral dan nilai kemanusiaan, bukan untuk mencari nama atau ganjaran, sebaliknya demi membela nasib rakyat Palestin yang dizalimi.