PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu menggesa komponen Perikatan Nasional (PN) memberi keutamaan kepada rakan sedia ada dalam gabungan berbanding mempertimbangkan kemasukan parti baharu dikaitkan dengan Hamzah Zainudin.
Ketua Bersatu Johor, Dr Sahruddin Jamal, berkata ketika ini keutamaan PN seharusnya tertumpu kepada usaha mengukuhkan semula ukhuwah dan muafakat dalam kalangan komponen bagi mengembalikan kepercayaan rakyat serta penyokong.

Katanya, PN dibentuk oleh Bersatu, PAS, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), justeru hubungan dalam kalangan parti gabungan perlu diperkukuh terlebih dahulu.
