PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) perlu menjelaskan pertuduhan lebih ringan terhadap 22 pemimpin kanan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), yang mana menjadi subjek siasatan utama tahun lalu susulan operasi menyelamat lebih 500 kanak-kanak, kata seorang aktivis.
Pengasas Yayasan Chow Kit, Hartini Zainudin, menzahirkan rasa terganggu dan berang dengan pembebasan pemimpin GISBH pada Jumaat berikutan hukuman penjara 15 bulan bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 2024.
Hartini menuntut AGC menjelaskan asas tawaran pertuduhan pilihan mengganggotai pertubuhan menyalahi undang-undang — yang mana semua 22 tertuduh mengaku bersalah — berbanding mengekalkan pertuduhan awal sebagai ahli kumpulan jenayah terancang.
