PETALING JAYA: Seorang aktivis akar umbi Kadazandusun Murut Rungus (KDMR) mendakwa ahli poltiik kanan komuniti itu hanya memperjuangkan perpaduan secara retorik, tetapi tindakan mereka sebenarnya mendorong perpecahan politik.
Aktivis enggan dinamakan itu berkata, masyarakat KDMR bersatu dalam kebanyakan aspek – khasnya dalam hal budaya, warisan, hak Sabah dan aspirasi sendiri.
Tetapi, katanya, perpecahan komuniti kepada pelbagai parti politik didorong generasi pemimpin lebih tua, yang berulang kali berpisah untuk menubuhkan entiti baharu akibat perbalahan dan perselisihan.
