PETALING JAYA: Pemimpin Melayu DAP mengutuk dan mengecam penghinaan agama, dan menggesa pihak berkuasa menyiasat individu didakwa menghina Al-Quran, baru-baru ini.
Naib Pengerusi Syahredzan Johan mahu segala sumber kerajaan dan sepenuh kekuatan undang-undang digerakkan untuk menangani penghinaan agama dan provokasi kaum secara tuntas.
“Insiden penghinaan agama, walau agama apa sekalipun, boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama,” katanya di Facebook. “Jika tidak ditangani dengan tegas, ia boleh membarah menjadi konflik.”
