PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR Kedah menepis dakwaan Umno diketepikan dan dihadkan peranan dalam sekretariat perpaduan negeri lalu mendorong gesaan parti itu bertanding solo pada PRU16.
Ahli Majlis Pimpinan Negeri, Nor Azrina Surip, berkata beliau keliru dengan dakwaan Ketua Penerangan Umno Kedah, Shaiful Hazizy Zainol Abidin, bahawa kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) seolah-olah tidak wujud.
Menurutnya, hubungan antara PH dan Barisan Nasional (BN) di Kedah antara paling harmoni, serta mereka terawal mengadakan konvensyen yang setuju menubuhkan sekretariat bagi merancang gerak kerja.
