PETALING JAYA: Pemuda Umno Selangor akan membawa isu kegagalan Setiausaha Publisiti DAP Yeo Bee Yin memohon maaf di atas hantaran ‘meraikan’ keputusan rayuan tahanan rumah Najib Razak untuk dibincangkan dalam mesyuarat badan perhubungan negeri.
Ketua Pemudanya, Mohd Imran Tamrin berkata dalam mesyuarat itu Pemuda Umno Selangor akan mengemukakan usul rasmi supaya kerjasama Umno dan DAP di negeri itu dikaji dan diperhalusi semula.
“Mesyuarat badan perhubungan negeri akan diadakan dalam masa terdekat sebelum perhimpunan agung Umno yang dijangka bermula 14 Jan ini.
