MatchPoint Times

Home

Pendakwaan berantai tak sah, lelaki dibebaskan tuduhan edar dadah

Cover Image for Pendakwaan berantai tak sah, lelaki dibebaskan tuduhan edar dadah

Hakim K Muniandy berkata pengawasan kehakiman wujud untuk mengelak salah guna budi bicara pendakwaan dan melindungi kebebasan serta keadilan.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi mengisytiharkan amalan “pendakwaan berantai” salah di sisi undang-undang dalam penghakiman penting yang mengesahkan hak kebebasan diri seorang tertuduh di bawah perlembagaan.

Hakim K Muniandy membuat keputusan itu ketika membenarkan permohonan Cheng Ruey Hoe untuk mengubah keputusan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) yang sebelum ini diberikan mahkamah bagi tuduhan mengedar methamphetamine, kepada pembebasan penuh.

Muniandy memutuskan pendakwaan berantai – iaitu amalan pendakwaan menghidupkan semula tuduhan tidak aktif secara berturutan untuk melanjutkan penahanan seorang tertuduh – melanggar hak kebebasan diri seseorang seperti termaktub dalam Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Tags:DadahMahkamah Tinggimethamphetaminependakwaan berantaiperkara 5perlembagaan persekutuan kokain


Sabah to engage federal govt to implement court order on revenue

Caretaker chief minister Hajiji Noor says this will be done ‘in the spirit of cooperation and mutual respect’ to ensure Sabah’s constitutional rights are fully upheld.

🟡FMT Reporters

Hasil: Sabah akan runding dengan Putrajaya laksana perintah mahkamah

Kerajaan negeri akan berunding ‘dalam semangat kerjasama dan saling menghormati’ serta memastikan hak Sabah direalisasikan.

🟡FMT Reporters