PETALING JAYA: Pihak pendakwaan dalam kes rasuah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan Mahkamah Persekutuan bahawa ia akan meneruskan rayuan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar itu.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan telah mendapatkan pandangan peguam negara, yang mengarahkan supaya rayuan itu diteruskan.
Beliau berkata pihak pendakwaan mengekalkan hujahan bertulis dan lisan yang dikemukakan di dalam rayuan tersebut.
