DOHA: Malaysia akan menggunakan kesempatan ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sempena Sidang Kemuncak Asean Oktober ini untuk menegaskan pendirian negara dalam isu Gaza dan serangan Israel ke atas Qatar.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata sebagai pengerusi Asean, Malaysia komited untuk membawa suara solidariti Palestin di platform serantau itu bagi menarik perhatian pemimpin kuasa besar dunia.
“Pada pertemuan dengan Presiden Trump, kita akan gunakan kesempatan itu untuk mengajak beliau memahami sikap dan pendirian tegas Malaysia dalam usaha mencapai keadilan, termasuk bagi Gaza dan Palestin,” katanya.