MatchPoint Times

Home

Penerbangan Malaysia Airlines ke Doha, Jeddah patah balik kerana ‘risiko ruang udara’

Cover Image for Penerbangan Malaysia Airlines ke Doha, Jeddah patah balik kerana ‘risiko ruang udara’

Syarikat itu berkata berkata tindakan itu selaras dengan protokol lencongan kawasan konflik yang ditetapkan.

PETALING JAYA: Sebuah penerbangan Malaysia Airlines berpatah balik ke Kuala Lumpur dan sebuah lagi dilencong ke Chennai semalam susulan nasihat keselamatan berkaitan kawasan konflik.

Penerbangan MH160 dari Kuala Lumpur ke Doha berpatah balik ke KLIA, manakala MH156 dari Kuala Lumpur ke Jeddah dilencong ke Chennai sebelum kembali semula ke KLIA, lapor Bernama.

Malaysia Airlines dalam kenyataan berkata tindakan itu dilaksanakan selaras dengan protokol lencongan kawasan konflik yang ditetapkan susulan nasihat keselamatan dan ‘peningkatan risiko ruang udara’.

Tags:berpatah balikdilencongkanMalaysia AirlinesMASMH156MH160nasihat keselamatanrisiko ruang udara


Trump says US carrying out ‘major combat operations’ in Iran

US President Donald Trump said the strikes were aimed at destroying Iranian missiles and annihilating its navy.

🟡Reuters

3 of Daim’s children overseas, says immigration DG

MACC said yesterday it was looking for Daim Zainuddin’s four children to assist in investigations.

🟡FMT Reporters