PETALING JAYA: Penganjur Warzone World Championship (WWC) memohon maaf susulan kontroversi akibat ‘gimik keterlaluan’ melibatkan kanak-kanak ketika sidang media acara itu beberapa hari lalu.
Pengasas Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (Semboyan), Yusuf Azmi, berkata pihaknya menerima teguran dengan hati terbuka dan berjanji akan memastikan semua aktiviti mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan pada masa akan datang.
“Ia hanya gimik semata-mata dan tiada perkara yang berlaku atas pembawaan emosi.
