KAHERAH: Delegasi dari Mesir, Qatar dan Turki bersama Amerika Syarikat (AS) sebagai pengantara gencatan senjata di Semenanjung Gaza, bertemu di sini pada Selasa untuk membincangkan fasa kedua perjanjian itu, lapor media berkaitan kerajaan Mesir.
Al-Qahera News, yang mempunyai kaitan dengan perisikan Mesir, melaporkan mesyuarat itu turut disertai ketua perisikan Mesir dan Turki bersama perdana menteri Qatar.
Menurut laporan, para delegasi membincangkan kerjasama dengan AS “untuk memastikan fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas berjaya dilaksanakan”.
