KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000 daripada sebuah syarikat pemaju hartanah.
Menurut sumber, suapan itu sebagai balasan menyerahkan tanah milik bekas pekerja sebuah ladang di Selangor bagi tujuan pembangunan komersial.
Sumber memaklumkan lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan pada 12.20 tengah hari tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.
