PETALING JAYA: Kekalahan ‘kem timbalan presiden’ pada pemilihan bahagian PKR menunjukkan pengaruh Rafizi Ramli dalam parti berusia 26 tahun itu semakin merosot, kata penganalisis.
Keadaan itu menurut Mazlan Ali dan Tawfik Yaakub membuka ruang kepada pertandingan jawatan disandang Rafizi yang sebelum ini peluangnya dijangka cerah berdasarkan kenyataan Presiden Anwar Ibrahim, Februari lalu.
Anwar ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan PKR Selangor dipetik berkata mahu menteri ekonomi itu diberi ‘laluan mudah’ mempertahankan jawatan dimenanginya pada pemilihan tiga tahun lalu.