PETALING JAYA: Pengerusi Eksekutif Maju Holdings Sdn Bhd Abu Sahid Mohamed dan bekas pengarah Mex II Sdn Bhd Yap Wee Leong akan didakwa lagi kerana disyaki menyalahgunakan dana membabitkan projek lebuh raya bernilai kira-kira RM314 juta.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib, berkata kali ini Abu Sahid akan didakwa atas tujuh pertuduhan bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama 403 Kanun Keseksaan berjumlah RM145 juta.

Katanya, manakala Yap akan didakwa atas 18 pertuduhan di mana sembilan daripadanya bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 berjumlah RM209 juta dan sembilan lagi bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 berjumlah RM387 juta.