MatchPoint Times

Home

Pengimport sokong kerajaan import daging babi dari Thailand

Cover Image for Pengimport sokong kerajaan import daging babi dari Thailand

Persatuan Pengimport Produk Khinzir Malaysia berkata langkah itu sebagai ‘tegas, tepat pada masanya dan bertanggungjawab’.

PETALING JAYA: Sekumpulan pengimport daging babi mempertahankan keputusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) membenarkan import daging itu dari Thailand walaupun terdapat kebimbangan mengenai jangkitan demam babi Afrika (ASF).

Presiden Persatuan Pengimport Produk Khinzir Malaysia, Chong Kam Weng, turut menyifatkan langkah itu sebagai ‘tegas, tepat pada masanya dan bertanggungjawab’ bagi memastikan bekalan daging babi mencukupi menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Beliau berkata keputusan DVS itu juga dapat menangani isu penyeludupan dan import tidak terkawal, yang menurutnya menimbulkan ancaman lebih besar terhadap kesihatan haiwan, keselamatan awam dan biosekuriti negara.

Tags:ASFdaging babidemam babi AfrikaDVSimportJabatan Perkhidmatan VeterinarpersatuanTahun Baharu CinaThailand


Dapat untung, dapat rugi

Isu rumah ibadat ‘haram’ sekian lama dieksploitasikan. Ia divisive politics.

🟡Mohsin Abdullah

Bersatu wouldn’t dare sack Hamzah, says analyst

Syaza Shukri says Hamzah Zainudin is the opposition leader while Bersatu is in a precarious position.

🟡Anne Muhammad