TAPAH: Pengundi kali pertama Ahmad Saufi Mhd Roslan, 19, teruja dapat menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu pada PRK DUN Ayer Kuning hari ini.
Penuntut Institut Kemahiran Mara Sungai Petani, Kedah, hadir di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lesong bersama bapanya Mhd Roslan Ghazali, 52, pada 7.30 pagi.
Pelajar jurusan diploma pengeluaran perabot itu mengakui tidak gugup walaupun kali pertama mengundi kerana sudah membuat persiapan sewajarnya sebelum memilih calon bertanding pada PRK tersebut.