MatchPoint Times

Home

Pengurus didenda RM30,000 subahat guna invois palsu mohon AP sisa plastik

Cover Image for Pengurus didenda RM30,000 subahat guna invois palsu mohon AP sisa plastik

Pengurus syarikat kitar semula, Ch’ng Wilson, 33, turut diperintahkan dipenjara tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda.

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus syarikat kitar semula didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan adiknya menggunakan invois palsu sebagai dokumen sokongan untuk memohon lesen permit import (AP) sisa plastik, tiga tahun lepas.

Hakim Azura Alwi yang menjatuhkan hukuman itu terhadap Ch’ng Wilson, 33, turut memerintahkan lelaki itu dipenjara tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, bapa dua anak itu didakwa bersubahat dengan Ch’ng Wei Jie, 26, menggunakan tiga invois palsu sebagai dokumen sokongan bagi permohonan AP melalui sistem Dagang Net, di Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Putrajaya pada 7 Feb 2022.

Tags:APdendainvoisLesenpengurus syarikatsisa plastiksubahat


Alcaraz subdues Fritz to reach third successive Wimbledon final

The world No 2 survived a titanic clash lasting two hours and 49 minutes to win 6-4, 5-7, 6-3, 7-6(8/6).

🟡AFP

Pogacar back in yellow after winning Stage 7 of Tour de France

The Slovenian fought off Dane Jonas Vingegaard at the summit finish, with Britain’s Oscar Onley taking third place.

🟡Reuters