PETALING JAYA: Seorang peniaga kerugian RM26,100 akibat urusan jual beli dan tempahan hamper tidak wujud.
Ketua Polis Kuala Terengganu, Azli Mohd Noor, berkata seorang wanita berusia 46 tahun menerima pesanan WhatsApp daripada suspek menyamar kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun pada 7 April lalu.
Menurutnya, suspek memperkenalkan diri sebagai “Dahlia” membuat tempahan 135 hamper kurma dan coklat didakwa untuk majlis hari raya universiti itu pada 10 April.