MatchPoint Times

Home

Penipuan dalam talian babit kerugian RM1.12 bilion

Cover Image for Penipuan dalam talian babit kerugian RM1.12 bilion

Ia direkodkan bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

KUALA LUMPUR: Kerugian kewangan akibat jenayah penipuan dalam talian mencecah RM1.12 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen, untuk mengekang jenayah itu, Pusat Respon Penipuan Kebangsaan (NSRC) yang beroperasi sejak 12 Okt 2022 diperkukuh sebagai pusat sehenti dan beroperasi 24 jam sejak 1 Julai lepas.

Ini bagi membolehkan mangsa membuat laporan secara terus melalui talian 997 tanpa perlu hadir ke balai polis.

Tags:KDNNSRCParlimenpenipuan dalam talian


SPRM rampas aset RM31.4 bilion

Ketua Pesuruhjaya Azam Baki berkata jumlah itu melibatkan operasi pihaknya sejak lima tahun lalu.

🟡FMT Reporters

Bangladeshi men charged with terrorism-related offences

Case mention for Md Mamun Ali and Refat Bishat will be held on Sept 12 for the appointment of an interpreter.

🟡Bernama