KUALA LUMPUR: Penulis blog, Wan Muhammad Azri Wan Deris didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan gagal mengemukakan perubahan butiran perniagaan kepada pihak berkuasa berkaitan penerimaan sumbangan orang awam bagi membayar saman dikenakan terhadapnya dalam kes saman fitnah membabitkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Wan Muhammad Azri, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di depan Majistret Illi Marisqa Khalizan.
Dia didakwa, selaku individu bertanggungjawab bagi perniagaan perkhidmatan dan pengurusan majlis, Invoice Solutions, gagal mengemukakan perubahan terhadap butir berdaftar perniagaan terbabit apabila digunakan untuk tujuan penerimaan sumbangan daripada orang awam bagi membayar saman kes bernombor 23NCVC-37-03/2013.
