MatchPoint Times

Home

Penulis skrip saman pelakon Amelia Henderson kerana fitnah

Cover Image for Penulis skrip saman pelakon Amelia Henderson kerana fitnah

Haironizan Idris dakwa pelakon itu menjatuhkan reputasinya dalam satu video dimuat naik ke media sosial.

KUALA LUMPUR: Seorang penulis skrip menyaman pelakon, Amelia Thripura Henderson, atas dakwaan fitnah selepas bekas model itu didakwa memperlekehkan hasil kerja penulis itu di media sosial.

Dalam notis tuntutan, Haironizan Idris, yang lebih dikenali Rehal Nuharis atau Nuharis, berkata Amelia telah memuat naik satu video di Instagram pada 25 Jun 2022, di mana beliau didakwa telah menjatuhkan reputasinya.

Haironizan, yang memfailkan saman itu di Mahkamah Sesyen pada 2024, berkata Amelia empat tahun lalu telah mengkritik watak dilakonkannya dalam siri televisyen ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’, hasil garapannya.

Tags:Amelia Thripura HendersonHaironizan Idrismahkamahpenulis skripsaman


Mahkamah Buruh Bergerak mula operasi Ogos ini

Menteri Sumber Manusia R Ramanan berkata ia bagi memudahkan akses pekerja dan majikan di kawasan luar bandar serta pedalaman hadir ke Mahkamah Buruh.

🟡Mohamad Fadli

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan kebenaran rayuan Halim Saad

Panel tiga hakim memutuskan Halim Saad gagal memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

🟡Faisal Asyraf