PETALING JAYA: Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang ditahan kerana memijak al-Quran akan didakwa atas dua pertuduhan di mahkamah esok.
Dalam kenyataan, Jabatan Peguam Negara berkata hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan dikemukakan polis mendapati terdapat keterangan mencukupi untuk pertuduhan dikenakan terhadap suspek, S Vikneswaran.
Katanya, Vikneswaran akan didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana mencemarkan objek yang dianggap suci iaitu al-Quran, dengan memijaknya, yang mana perbuatan tersebut dilakukan dengan pengetahuan bahawa ia merupakan suatu penghinaan terhadap agama Islam.
