PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan beri jaminan kepada pakar lepasan ‘parallel pathway’ bahawa isu mereka yang mahu disenaraikan dalam Daftar Pakar Kebangsaan akan selesai pertengahan bulan ini, menurut senator.
Senator Dr RA Lingeshwaran berkata Menteri Dzulkefly Ahmad beri komitmen pada batas waktu yang ditetapkan, susulan pertemuan mereka hari ini, bersama Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Pulau Pinang dan Kesatuan Jururawat Malaya.
“Kami tekankan bahawa perintah menteri untuk membolehkan beberapa ratus pakar yang mendapat kelayakan menerusi program ‘parallel pathway’ yang diluluskan dan ditaja kementerian, memandangkan khidmat mereka akan diperlukan di hospital awam,” katanya kepada FMT.