PETALING JAYA: Timbalan Datuk Bandar Sungai Golok, Aphichet Jeh-Ouma mengesahkan kumpulan yang menyerang Pejabat Daerah Sungai Golok malam tadi bertudung labuh dan berpurdah untuk mengelak pergerakan mereka dikesan pihak berkuasa.
Beliau berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lebih 10 penyerang dilengkapi senjata api itu tiba dengan sebuah pikap dan kereta.
“Mereka kemudian melepaskan tembakan ke arah pangkalan, di mana dua sukarelawan polis ditempatkan. Seorang daripadanya meninggal dunia di lokasi, manakala seorang lagi disahkan maut di Hospital Sungai Golok.