TAPAH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata peratusan keluar mengundi PRK Ayer Kuning setakat 11 pagi masih rendah justeru menasihati orang ramai keluar lebih awal menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat.
Bagaimanapun, Pengerusi Ramlan Harun opitimis sasaran 70% akan dicapai.
“Proses pengundian setakat ini berjalan lancar selain keadaan aman dan berharap momentum sedemikian dapat kekal hingga pusat mengundi ditutup 6 petang nanti.