PETALING JAYA: Pertelingkahan terkini antara rakan gabungan kerajaan Sarawak, Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tidak akan menjejaskan peluang Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menang semula dalam PRN, menurut seorang ahli akademik.
James Chin dari Universiti Tasmania berkata pertelingkahan itu adalah antara Presiden PDP Tiong King Sing dan Presiden SUPP Dr Sim Kui Hian yang mahu meluaskan pengaruh parti mereka.

“Sangat tidak mungkin parti pembangkang dapat mengambil kesempatan atas pertelingkahan ini,” kata Chin yang menambah bahawa kawasan yang menjadi pertikaian dua parti itu bukan sebahagian pengundi asas pembangkang.