PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyelesaikan saman fitnahnya terhadap penganalisis politik, Murray Hunter susulan perintah persetujuan yang direkodkan Mahkamah Tinggi.
SKMM berkata, perintah itu diberikan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Noor Hayati Mat, menerusi prosiding dalam talian hari ini.
“Perintah berkenaan direkodkan dalam saman fitnah difailkan SKMM terhadap Hunter susulan penerbitan kenyataan berunsur fitnah olehnya terhadap SKMM dan pihak berkaitan melalui platform dalam taliannya,” katanya dalam kenyataan.
