KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan peguam Mahajoth Singh untuk mencabar dua perintah dikeluarkan terhadapnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan anak guamnya.
AGC berhujah perintah berkenaan tidak tertakluk kepada semakan kehakiman.
Peguam Persekutuan Kanan, Shamsul Bolhassan, yang mewakili AGC, berhujah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Alice Loke bahawa perintah SPRM terhadap Mahajoth yang mengarahkannya mengemukakan dokumen merupakan pelaksanaan kuasa yang dibuat dalam rangka siasatan jenayah.
