Seorang penganut wanita mengangkat persembahan setanggi sambil memanjatkan doa untuk memohon restu sebelum memulakan perjalanan membayar nazar.
Seorang ibu dengan penuh kasih sayang membantu anaknya menyucikan diri sebagai persiapan rohani sebelum permulaan ritual.
Penganut Hindu perlu melalui ritual penyucian diri sebelum memulakan perjalanan ke puncak Batu Cave.
Barisan Paal Kudam (belanga susu) didoakan terlebih dahulu sebagai simbol persembahan buat Dewa Murugan.
Penganut dengan cangkukan di belakang badan menunaikan Kavadi Aatam, sebuah tarian ritual melambangkan pengorbanan diri sebagai manifestasi ketaatan kepada Dewa Murugan.
Penganut sedia memikul kavadi berhias cahaya, memulakan langkah pertama selepas selesai upacara sembahyang dan niat.
Si cilik turut sama memeriahkan Thaipusam.
Penganut wanita kelihatan ceria memikul Thol Kavadi dihiasi bulu merak dan lampu bergemerlapan.
Paluan gendang Urumee Melam membangkitkan semangat dan mengiringi setiap langkah sepanjang perarakan.
Tali diketatkan pada cangkuk di belakang badan seorang lelaki untuk menarik pedati.
Susu diisi dalam belanga sebelum dijunjung menaiki 272 anak tangga untuk sampai ke puncak Batu Cave.
Penganut Hindu melakukan upacara sembahyang dan memohon restu di tengah kepulan asap setanggi sebelum mula menjunjung belanga susu serta memikul kavadi.
Ritual Paal Kudam di mana penganut menjunjung belanga berisi susu di atas kepala menuju ke kuil sebagai persembahan kepada dewa-dewi.
Penganut menerima abu suci pada dahi di hadapan nyalaan pelita sebagai simbol cahaya dan perlindungan tuhan.
Penganut sempat menghilangkan dahaganya sebelum memulakan perjalanan memikul Kavadi atau beban berhias ke puncak kuil.
undefined
