PETALING JAYA: Perjanjian perdagangan timbal balas antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) tidak harus diIlihat sebagai ancaman, sebaliknya satu perjanjian yang membuka peluang baharu, kata bekas timbalan menteri pelaburan, perdagangan dan industri.
Ong Kian Ming berkata, di bawah perjanjian itu, Malaysia harus mendapatkan pembiayaan dan pelaburan daripada AS dalam sektor seperti mineral kritikal dan penjanaan tenaga.
“Malaysia juga perlu meneroka peluang dengan syarikat dari negara lain yang boleh menyediakan teknologi dan nilai tambah yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.
