PETALING JAYA: Perkhidmatan monorel Kuala Lumpur mengalami kelewatan selepas sebuah tren terhenti di landasan akibat gangguan sistem teknikal antara stesen Medan Tuanku dan Chow Kit.
Rapid Rail Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata pegawai transit yang berada di dalam tren itu berjaya memindahkan penumpang ke stesen berhampiran.
Katanya, pihak operasi mengaktifkan perkhidmatan tren perantara alternatif antara stesen KL Sentral dan Hang Tuah, serta antara Hang Tuah dan Bukit Nanas.
