MatchPoint Times

Home

Perlembagaan ada mekanisme tangani salah laku hakim, kata Azalina

Cover Image for Perlembagaan ada mekanisme tangani salah laku hakim, kata Azalina

Menteri undang-undang dan reformasi berkata ini termasuk peruntukan tribunal khas dan jawatankuasa etika.

PETALING JAYA: Kerajaan mengingatkan semua pihak bahawa Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan mekanisme yang jelas untuk menangani salah laku hakim.

Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Azalina Othman Said berkata, Perkara 125(3) dan (4) memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan tribunal khas bagi menyiasat dakwaan salah laku hakim, atas nasihat perdana menteri selepas berbincang dengan ketua hakim negara.

Beliau berkata, perlindungan tambahan turut disediakan di bawah Perkara 125(3A) memperuntukkan kuasa kepada ketua hakim negara merujuk pelanggaran etika kepada Jawatankuasa Etika Hakim, dan Perkara 12(3B) membolehkan penetapan kod etika bertulis, iaitu Kod Etika Hakim 2009 yang sedang berkuat kuasa.

Tags:Azalina Othman Saidbadan kehakimanbadan peguamJawatankuasa Etika HakimMenteri Undang-undangsalah laku hakim


Rahm ‘confident’ of ending Spain’s British Open wait

The two-time Major champion is currently the country’s main hope of success at Royal Portrush.

🟡AFP

Teen hands mum’s jewellery worth RM140,000 to scammers

The 18-year-old had been deceived into believing she was involved in fraud and money laundering cases, say police.

🟡FMT Reporters