PETALING JAYA: Perlis berhasrat memiliki sebuah lapangan terbang di kawasan sempadan Thailand, kata Menteri Besar Mohd Shukri Ramli.
Katanya, cadangan itu selaras saranan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sebagai nilai tambah untuk pembangunan negeri itu.
“Sekiranya dapat direalisasikan, lapangan terbang ini mampu menampung lebih ramai penumpang dari dalam dan luar negara, sekali gus membuka ruang baharu untuk pelaburan dan komersial.